Friday 21 September 2012

Aidilfitri kongsimeja di Kpg Jemoreng Matu

salam semua... Tanggal 20 Sep.2012 bersamaan 5 Zulkaedah 1433H, warga MDMD telah dijemput ke Majlis KongsiMeja Aidilfitri anjuran YB Datuk Hj. Wahab bin Hj. Dollah, ahli Parlimen P207 Igan bersama Penduduk Kampung Jemoreng Matu. Rasanya ini adalah KongsiMeja anjuran beliau yang ke 3 selepas Kpg Kuala Matu dan Kpg Pergau pada minggu lepas. Walaupun Syawal sudah berlalu namun kemeriahnya maseh terasa, majlis pada jam 2.30 petang tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran artis. Tengok je lh warga MDMD yang hadir petang tu walaupun kami maseh kekenyangan selepas menyambut majlis aidilfitri bersama konselar jam 1230 hari yg sama. (lengis wak kun ...haha).

No comments:

Post a Comment